Aku dan blog
Hello! Salam manis gula batu yall. Lol.
Untuk kesekian kali disini lagi aku hadir memeriahkan blog yang telah lama aku tinggalkan. 2012 aku join blog dan pada tahun 2014 aku terhenti sebab aku mula bosan. Tahun 2018 aku created account ni tapi tidak menulis lagi. Sampailah suatu saat bila rindu datang dalam hati ni. Aagituuu.
Ini blog kedua aku. Memandangkan aku lupa email dan password blog lama aku maka terjadilah kejadian blog kedua ni. 10 tahun kot manalah aku ingat. Dulu zaman bocah mana reti nak save email dan possword. Kau buat macam zaman tak berlalu. Sekarang kau terkial-kial mecari. Nak tengok blog lama aku tak? Hahaha. Ada ke yang sudi menengok. Lantak pi!
Sebelum terjadi penyesalan kepada pembaca entri ini, entri ni bukanla entri yang akan memberi maanfaat pada kamu. Hahaha. Well, not this one. Entry ni sekadar untuk saya sebagai owner meluahkan isi hati sahaja sebagai hobi menulis walaupun penulisan aku ni agak errrrr... you know i know.
Okay, sekadar cerita 10 tahun dulu, aku terpaling suka edit blog ni, edit html blog, edit template dan theme. Tapi bila buat blog ni aku try la main edit lagi tapi aku lupa. Betul-betul lupa. Apa lagi aku pakai handphone je, agak susah main dengan coding.
10 tahun dulu di blog ini lah aku kenal dan dapat ramai kawan. Ye, kawan dari blog yang bukan sekadar kawan malah ada yang rasa seperti keluarga. Jujur aku rindu mereka. Rindu blog-walking, rindu meninggalkan komen di entry kengkawan, rindu berbalas komen and ect. Tak cukup dalam blog kami ke whatsapp, facebook, instagram malah wechat juga. Masa tu wechat masih lagi popular. Waktu tu kawan yang paling rapat dengan aku ialah Lina. Dia dari Sabah. Dia selalu ajak aku borak dalam phone. Suka jugakla dengar slang Sabah dia. Dia jenis gila-gila juga la orangnya. Banyak lah yang kami berkongsikan. Yang terpaling kakak antara kami ialah, PPP. Tu singkatan nama blog dia. Pari-Pari Putih. Iffah, Zaitul, Dikbee, Norain, Kopi Pasta dan selebihnya aku lupa. Then, kami plan untuk berjumpa di Kuala Lumpur. Tapi aku tak pegi la sebab aku terlalu muda ketika itu, belum mampu keluar rumah sendiri-sendiri. Kena ada lesen uolls. Maklumlah perempuan.
Bayangkan hanya berkenalan dari blog hingga bersua muka. Yall nilai la sendiri persahabatan tu macammana.
Itu batch 1. Kalau batch 2... haaa. Ada batch engkau! Hidayah, Amy (dia kahwin dengan mat korea sekarang). Kak Boo juga. Itu yang aku ingat sebab kami rapat. Di whatsapp, di facebook dan instagram semua. Hari-hari memang terisi dengan perangai memasing. Alangkah indah kalau masih ada sekarang. Huhuhu. Sayang mereka semua. Terharu. Sobs!
Tapi lama-lama, masing-masing mula menghilang. Termasuklah aku sendiri. Slowly masing-masing pun dah tak main blog, tak ber-whatsapp, dan facebook. Akhirnya kami semua hilang. Cuma satu, dua sahaja yang masih ada dalam friendlist facebook. Masih berkawan cuma tidak bertegur sapa macam dulu.
Andai waktu berputar, aku lah orang yang terpaling ingin sekali mengulang masa dulu. Huhuhu. Sumpah la weii rindu dengan mereka semua.
Okay, back to reality kita gais. Begitulah pengalaman manis waktu dulu walaupun hanya di alam maya. Tetapi persahabatan itu sangat melekat dalam hati. Aku takkan lupa korang semua sahabatku.
Ye, begitulah. Okay cukuplah kita flashback memori lama. Memori yang tak akan pernah luput dalam ingatan sampai bila-bila.
Done first entry. Rasanya okay kot sebagai salam perkenalan. Lols! Baca tu baca lah juga, jangan lupa follow sekali ya. Hahaha. Takapa, aku follow korang balik. Dah memang begitu kannnn.. hiks!
Okay next....
3 comments
Hi
ReplyDeleteSalam perkenalan dari CCL .. CCL dh follow sini
ReplyDeleteTerima kasih follower pertama saya hihi. Done follow back ☺️
Delete