SUKMA XXI SARAWAK 2024


Hi gais! Salam 1 Malaysia semuanya. 

Semua pun tahu SUKMA telahpun melabuhkan tirai pada 17 August  di Kuching, Sarawak. Berkonsepkan Matlamat Perpaduan Membara, kemuncak acara adalah tertumpu kepada penyalaan obor SUKMA 2024 sebagai simbolik sukan yang berasaskan landasan perpaduan masyarakat.

Tirai Temasya Sukan Malaysia XXI Sarawak, 2024 telah dibuka secara rasminya oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Stadium Sarawak, Sabtu lalu.

Penganjuran SUKMA edisi kali ke 21 kali ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi Tuan Rumah sejak diperkenalkan. Kali pertama pada tahun 1990 dan kali kedua pada tahun 2016 yang lalu.

Turut hadir memeriahkan acara pembukaan temasya yang gilang gemilang tersebut adalah Premier Sarawak, Menteri Belia & Sukan Malaysia, barisan kepimpinan persekutuan dan negeri serta tetamu kenamaan lain.

SUKMA XXI Sarawak 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.
Ini melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Saya kongsikan gambar-gambar pembukaan SUKMA XXI SARAWAK kali ini. Saya kreditkan gambar kepada owner. 












Kedudukan pingat setakat ini.



Saya go for Sarawak. Go go go Sarawak! Agi idup agi ngelaban! 
Kita bertanding secara sihat. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Apa-apa pun semoga berjaya kepada semua kontigen yang bertanding.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kagum sangat tengok Perasmian Sukma ..cantik .. kalau laa dapat turun padang kat sana dapat rasa kemeriahan kt sana lagi best

    ReplyDelete

| The Border Land |