­
­

Bersyukur

Salam september.

Cepat betul masa berlalu. 
Syukur masih diberi kesempatan oleh Nya melangkah ke bulan baru ni. Syukur kerana diri ini tetap kuat dan tabah menempuhi dugaan-dugaan sebelumnya. Moga diri terus kuat lagi untuk masa akan datang.

Tak minta banyak. Cukup diberi rezeki yang tidak putus dan kesihatan yang berpanjangan. Tiada yang lebih penting selain fizikal yang sihat untuk meneruskan kehidupan. Wang boleh cari bestie, kesihatan mana mau cari wa cakap lu.

Tahniah pada diri kerana berjaya mengekalkan satu-satunya follower. Haha. Thank you follower saya satu-satunya. Appreciate that. :)

Moga bulan September ni goals nak kurangkan berat badan berjaya lah. Haha. Azam zaman berzaman you all. Ini salah Mak lah ni. Orang dah nampak dah jalan berdiet. Mak datang berziarah pulak, masak sedap-sedap pulak tu. Memang salah Mak aku ni. Sorry lah Mak terpaksa salahkan Mak. Kita cover.

Semoga ada i-sinar, i-harapan dan i love you. Eh...

Semoga keluargaku dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diingini hari ini dan selamanya. Amin.



Amalkan the luxurious ni gais.


Semoga apa yang kita hajatkan akan tercapai  bulan ni yalls. (Jauhkan diri kita dari orang-orang yang toxic - pakar.) Haha!


Jaga diri.
xoxo ^_^

You Might Also Like

0 comments

| The Border Land |