9th Anniversary
Hello blog ku.
Maafla tinggalkan you begitu lama tanpa sebarang update. Saja menghilangkan diri tapi ada je ni.
Semalam, 24/10 tak terasa 9 tahun diri ini sudah bergelar isteri. Huhuhu. Boleh-boleh pulak lupa anniversary sendiri. Mujur memories facebook ingatkan. Rasa baru semalam aku kawen.
Semoga diri ini terus berjuang untuk menjadi isteri yang hebat, kuat dan tabah ya. Semoga tidak cepat merajuk, tidak mudah terasa hati dan makan hati like I used to be. Sebolehnya aku taknak duduk dalam fasa itu lagi. Aku nak moving forward focus dengan benda-benda yang lebih perlu.
9 tahun tidak semudah mengira 123 seperti yang diimpikan setiap orang. Macam si aunty pernah cakap perkahwinan ni ada 4 fasa tapi keempat fasa tu aku dah lupa apa. Yang tahu je lah tahu. Fasa pertama mungkin aku dah lepas agaknya. Kot?
2020 lahir pula anak sulung. 4 tahun sudah anak ibu. "Afiyah anak ibu." Kata Dato Siti memanggil anaknya. 2023 lahir pula si seketul dalam minggu 36 pregnancy. Bayangkan betapa keciknya dia waktu lahir. 1.8 kg. Sekarang terpaling nakal dia kalah si abang. Semoga anak-anak ku membesar dengan sihat. Berjaya dunia akhirat. Amin amin. Semoga mummy and daddy berjaya mendidik kamu berdua menjadi anak yang baik dari segala aspek.
Semoga perkahwinan ini kekal selamanya. Semoga yang baik-baik sahaja. Dijauhkan dari sesuatu yang tidak baik. Amin.
Happy 9th anniversary suamiku. Aiyuyuuuu.
0 comments